KISAH 16: Mereka Sepatunya Berbangga Dengan Saya

KISAH 16: Mereka Sepatunya Berbangga Dengan Saya

Table of Contents

Petang itu, saya bercakap dengan pesakit saya, untuk mendapatkan sejarah sosialnya dan juga untuk membantu menghilangkan kebosanannya kerana sudah lama berada di dalam hospital untuk rawatan Dengginya.

Saya: Pak cik ada berapa orang anak?

Pak Cik: Saya ada 5 orang anak. 3 daripada mereka adalah usahawan, seorang adalah peguam, seorang lagi adalah arkitek.

Saya: Wow! Mesti pak cik sangat berbangga dengan mereka, kan? Kesemuanya berjaya dalam karier sebagai profesional.

Pak Cik: Kenapa pula? Mereka yang sepatutnya berbangga dengan saya.

Saya: Ya.. Betul tu.. Sebab mereka mewarisi genetik bijak daripada pak cik, bukan?

Pak Cik: Betul juga, tapi saya yang membesarkan dan menyekolahkan mereka, juga membayar yuran pendidikan mereka. Jadi mereka yang sepatutnya berbangga dengan saya.

Saya: Ya.. Sangat betul tu, pak cik. Jasa ibu dan ayah yang membesarkan dan menyekolahkan anak-anaknya memang sangat besar dan perlu dibanggakan oleh setiap anak.

Jika berjaya dalam hidup, jangan hanya berbangga dengan keupayaan diri sendiri. Berbanggalah dengan kedua ibu bapa, terutamanya. Tanpa mereka, kita tidak akan berada di dunia ini dan tidak akan berjaya seperti hari ini. Banyak yang saya pelajari daripada pesakit saya.

Terima kasih Papa & Mama untuk segalanya. Atas segala pengorbanan, pertolongan dan cinta.. Tidak akan dapat kubalas dengan apa jua gantinya.

Dr. Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

Patient Testimonials

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an Appointment
with Dr. Nurul Yaqeen.

Please note that Dr. Nurul only consults and treats patients 12 years old and above.

or you can click any of the buttons below