KISAH 24: Tidur Yang Cukup Menguatkan Sistem Imunisasi Badan Untuk Melawan Jangkitan Virus Covid-19

KISAH 24: Tidur Yang Cukup Menguatkan Sistem Imunisasi Badan Untuk Melawan Jangkitan Virus Covid-19

Table of Contents

Di saat-saat masyarakat sedang panik menghadapi ancaman Covid-19, saya ingin berkongsi mengenai suatu perkara yang boleh dilakukan untuk menguatkan sistem imunisasi badan kita bagi menghadapi ancaman jangkitan virus Covid-19. Perkara ini boleh dilakukan oleh semua orang di mana-mana sahaja secara percuma, tanpa sebarang kesan sampingan.

Perkara ini ialah tidur yang cukup dan berkualiti.

Dr. Nurul

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa tidur yang cukup dan berkualiti akan menguatkan sistem imunisasi badan. Kekurangan tidur boleh melemahkan sistem imunisasi badan, sekaligus memudahkan virus Covid-19 menyerang sehingga membawa maut.

Van Cauter et al (2002) dalam kajiannya yang telah diterbitkan dalam jurnal persatuan perubatan Amerika (Journal of American Medical Association, JAMA, 2002) telah melihat kepada 2 kumpulan peserta (1).

Rujukan: (1) Spiegel K, Sheridan JF, Van Cauter E. Effect of sleep deprivation on response to immunization. JAMA. 2002;288:1471-1472.

Satu kumpulan peserta mendapat tidur yang cukup selama 8 jam sehari selama 6 hari (Kumpulan A) dan satu kumpulan lagi hanya mendapat tidur selama 4 jam sahaja dalam tempoh 6 hari.

Kedua-dua kumpulan tadi kemudiannya diberikan vaksin Influenza pada hari ke-4. Pada hari ke-7 hingga hari ke-14, kedua-dua kumpulan tadi mendapat tidur yang cukup selama 8 jam sehari. Paras antibodi kesemua peserta dari kedua-dua kumpulan tadi diukur pada hari ke-14.

Didapati paras antibodi peserta kumpulan A yang mendapat tidur yang cukup tadi adalah 2 kali ganda lebih tinggi daripada paras antibodi peserta kumpulan B yang tidak cukup tidur. Ini sekaligus membuktikan bahawa tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari akan meningkatkan antibodi seseorang, sekaligus menguatkan sistem imunisasi badannya.

Sistem imunisasi badan yang ampuh akan membantu melawan jangkitan virus Covid-19. Kita melihat ramai doktor, jururawat dan petugas kesihatan di Wuhan yang meninggal dunia kerana jangkitan virus Covid-19, antara faktor penyumbang kepada kematian mereka juga adalah kekurangan tidur dan terlalu lama bekerja.

Jagalah kesihatan anda. Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup, sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Selamatkan diri anda dan keluarga dari jangkitan virus Covid-19.

Dr. Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

Patient Testimonials

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an Appointment
with Dr. Nurul Yaqeen.

Please note that Dr. Nurul only consults and treats patients 12 years old and above.

or you can click any of the buttons below