KISAH 5: Parahka Jangkitan Kuman Di Paru-Paru (Pneumonia)

KISAH 5: Parahka Jangkitan Kuman Di Paru-Paru (Pneumonia)

Table of Contents

Pneumonia Dr Nurul

Senja itu, saya mendapat panggilan dari Jabatan Kecemasan hospital (A&E).

Doktor di A&E: Hi, Dr. Yaqeen. Boleh saya rujuk seorang pesakit berusia 86 tahun, diagnosis nya Pneumonia. Nampak keadannya kritikal. Mungkin perlu masuk ke ICU.

Saya: OK, saya datang sekarang.

Kebelakangan ini Intensive Care Unit (ICU) atau Unit Rawatan Rapi di hospital saya agak penuh dengan pesakit yang menghidap Pneumonia (Jangkitan kuman di paru-paru).

Pneumonia atau jangkitan kuman di paru-paru adalah antara punca pesakit masuk wad. 30% daripada pesakit yang masuk ke wad di hospital adalah disebabkan oleh Pneumonia. Antara simptom Pneumonia adalah batuk, demam dan susah nafas.

Pneumonia juga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan baik. Untuk mengetahui bahawa pesakit itu menghidap Pneumonia yang serius atau tidak, kita boleh mengira markahnya berdasarkan skor CURB 65.

C: Consciousness (Tahap kesedaran)
U: Urea (Bacaan dari fungsi buah pinggang)
R: Respiratory rate (Kadar pernafasan)
B: Blood pressure (Tekanan darah)
65: Umur 65 tahun

Jika tahap kesedarannya tidak normal, kadar pernafasannya laju, bacaan dari fungsi buah pinggangnya tinggi, tekanan darahnya rendah dan usianya lebih dari 65 tahun, maka skor CURB 65 nya adalah tinggi, menandakan Pneumonia nya adalah sangat serius, dan mungkin boleh membawa maut. Jadi, perlu dimasukkan ke ICU atau masuk wad.

Jika skor CURB 65 nya adalah rendah, maka dia boleh diberi tablet antibiotik dan makan ubat di rumah sahaja, tanpa perlu masuk ke hospital.

X-ray dada (imbasan dada) juga akan menunjukkan tompok putih menandakan adanya jangkitan kuman di paru-paru. Antibiotik akan diberi selama 3 hingga 5 hari dan kemungkinan boleh dipanjangkan sehingga seminggu atau 2 minggu bergantung pada tahap keseriusan Pneumonia itu. Gambar menunjukkan x-ray dada yang normal (Gambar 1) dan x-ray dada yang menandakan adanya Pneumonia (Gambar 2).

Gambar 1: X-ray dada normal.

Gambar 2: X-ray dada menunjukkan adanya tompokan putih di paru-paru kiri menandakan penyakit Pneumonia (anak panah biru). Juga terdapat Ryle’s tube yang membantu pemakanan untuk pesakit ini (anak panah merah)

Setelah sembuh, x-ray dada akan diulang semula setelah 6 minggu untuk melihat sama ada tompok putih itu masih ada atau telah hilang. Sekiranya tompok putih masih ada, maka perlu disiasat lebih lanjut. Jika sudah hilang, maka tidak perlu datang ke hospital lagi.

Pneumonia boleh membawa maut. Segera dapatkan rawatan doktor jika anda menghidap demam, batuk dan sukar bernafas.


Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

Patient Testimonials

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an Appointment
with Dr. Nurul Yaqeen.

Please note that Dr. Nurul only consults and treats patients 12 years old and above.

or you can click any of the buttons below