KISAH 7: Rahsia Kejayaan Berhenti Merokok (Pneumothorax)

KISAH 7: Rahsia Kejayaan Berhenti Merokok (Pneumothorax)

Table of Contents

Pneumothorax

Hari itu, saya bertemu dengan seorang pesakit yang pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah Pneumothorax (udara terperangkap di paru-paru). Beliau baru berusia 30-an, perokok tegar sejak remaja. Bekerja sebagai pemandu lori.

Beberapa bulan selepas memasuki hospital kerana susah bernafas dan paru-paru kanannya dimasuki udara (Pneumothorax) (Gambar 1), tiub sebesar jari telunjuk terpaksa dimasukkan ke paru-paru kanan beliau untuk mengeluarkan udara tersebut (Gambar 2).

Gambar 1: Udara terperangkap di paru-paru kanan, menyebabkan penyakit Pneumothorax.
Gambar 2: Tiub dada dimasukkan ke paru-paru kanan untuk mengeluarkan udara yang terperangkap, sekaligus membantu proses pengembangan paru-paru.

Malangnya, keadaan menjadi rumit kerana berlaku pendarahan ketika tiub dimasukkan. Tekanan darahnya tiba-tiba menjadi rendah dan paras oksigennya tiba-tiba menurun. CT scan paru-paru terpaksa dilakukan untuk memastikan tiada salur darah yang tercedera. Syukur, tiada salur darah yang tercedera dan pendarahan tersebut berhenti dengan sendiri setelah beberapa jam. Tekanan darahnya juga beransur-ansur stabil dan aras oksigennya juga bertambah baik dengan rawatan oksigen.

Setelah 3 hari, paru-parunya tidak juga mengembang dengan baik, maka mesin vakum terpaksa disambungkan untuk membantu mengembangkan paru-parunya. Malangnya, setelah beberapa hari memakai mesin vakum, paru-parunya tidak juga mengembang. Maka rujukan kepada doktor bedah terpaksa dilakukan. Namun, beliau tidak mahu dibedah kerana risaukan risiko pembedahan. Langkah alternatif adalah dengan menyambungkan tiub paru-paru sementara yang boleh dibawa pulang ke rumah (Heimlich valve).

Ketika bertemunya di klinik, 2 minggu setelah keluar dari wad, alhamdulillah, paru-parunya telah mengembang. Heimlich valve berjaya dikeluarkan dan dia sudah boleh bernafas dengan baik. Beliau dinasihatkan untuk berhenti merokok, kerana rokok adalah antara punca utama paru-parunya mudah dimasuki udara.


Sebulan kemudian, ketika bertemu lagi di klinik paru-paru, dia semakin sihat dan telah berjaya berhenti merokok sejak dari keluar hospital lagi. Paru-parunya juga telah pulih seperti biasa (Gambar 3).

Gambar 3: Paru-paru yang telah sembuh, kembang seperti biasa dan kembali normal.

Ketika ditanya, apakah rahsianya berhenti merokok, dia berkata: Doktor, saya telah melalui bermacam-macam perkara yang hampir meragut nyawa saya. Dari paru-paru bocor sehinggalah paru-paru berdarah dan paru-paru perlu divakum. Saya sudah serik dan dah bertaubat. Tak ingin saya mengulangi pengalaman ngeri yang hampir membawa maut itu lagi. Jika disuruh memilih antara nikmat sihat tanpa rokok dengan nikmat rokok yang perlu dibeli dengan pengalaman ngeri, saya rela memilih nikmat sihat tanpa rokok. Saya berterima kasih atas anugerah penyakit Pneumothorax ini, kerana ia telah menyedarkan saya dari tabiat merokok yang sangat merugikan dan menyeksakan.

“Saya sedar, bukan senang nak berhenti merokok ni. Tapi, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan azam yang kuat dan usaha bersungguh-sungguh, tiada apa yang mustahil. Terutamanya bila berdepan antara hidup dan mati, tentunya anda akan memilih untuk hidup,” tambahnya lagi.


Nota: Pilihlah nikmat sihat tanpa rokok, daripada nikmat rokok yang perlu disertai dengan azab seksa penyakit paru-paru dan komplikasinya.

Dr. Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

Patient Testimonials

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an Appointment
with Dr. Nurul Yaqeen.

Please note that Dr. Nurul only consults and treats patients 12 years old and above.

or you can click any of the buttons below