Kisah Segera: Banjir & Kesihatan Paru-Paru

Kisah Segera: Banjir & Kesihatan Paru-Paru

Table of Contents

Fenomena banjir yang teruk melanda negara sejak 2 hari lepas mencatatkan jumlah kematian yang merisaukan. Banyak keluarga yang telah kehilangan tempat tinggal dan terpaksa ditempatkan di penempatan sementara. Masalah ini tentunya turut memberi kesan kepada pesakit paru-paru.

Air yang bertakung ketika banjir mengandungi sisa kotoran, minyak, najis, bakteria dan virus yang boleh menjadi punca penyakit.

Berapa perkara perlu diambilkira ketika menghadapi banjir, terutamanya utk pesakit yang mempunyai masalah paru-paru kronik seperti Asthma, COPD, Tibi, kanser paru-paru, bronkiektasis, dll.

1. Pastikan ubatan anda seperti inhaler dan tablet berkaitan berada bersama-sama anda. Sekiranya anda telah terputus bekalan ubat, hubungi klinik atau hospital berdekatan utk mendapatkannya. Cuaca sejuk ketika hujan boleh menyebabkan serangan Asthma & COPD di kalangan pesakit terlibat.

2. Pastikan anda memakai pakaian yang bersih dan memakai pakaian yang bersesuaian ketika membersihkan kawasan banjir, kerana risiko mendapat jangkitan paru-paru ( penumonia) adalah tinggi jika terdedah kepada suasana yang tidak bersih.

3. Elakkan anak-anak bermain dengan air banjir, kerana air banjir yang kotor boleh menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit seperti wabak taun, kencing tikus, dll. Masalah lemas juga boleh berlaku sekiranya anak-anak tidak dipantau dengan baik.

4. Segera dapatkan pemeriksaan kesihatan dan berjumpa doktor untuk rawatan sekiranya anda mengalami simtom penyakit paru-paru seperti batuk, selsema, susah nafas dan demam.

Semoga bencana banjir ini segera surut, dan sama-samalah kita hulurkan bantuan kepada mangsa banjir & NGO yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, pakaian, makanan dan tempat tinggal.

Dr.Nurul


Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

Patient Testimonials

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an Appointment
with Dr. Nurul Yaqeen.

Please note that Dr. Nurul only consults and treats patients 12 years old and above.

or you can click any of the buttons below