
Hari itu, pesakit saya, seorang pak cik berbangsa Cina, 62 tahun, dirawat sebagai pesakit Denggi pada hari ke-7, menunjukkan kepada saya ruam di kakinya.
Pesakit: Kenapa ada ruam baru muncul di kaki saya ini, doktor?
saya: Ini adalah satu berita yang baik! Tahniah! Penyakit Denggi pak cik sudah semakin beransur sembuh.
Pesakit: Oh .. Lega mendengarnya. Bahaya ke ruam ni, doktor?

saya: Oh, ruam ni tak bahaya langsung! Dia akan hilang dengan sendiri dalam beberapa hari saja. Ruam ini dipanggil, 'Pulau Putih di Laut Merah'(Pulau putih di lautan merah). Nikmatilah keindahan pemandangan ruam ini semasa dia masih ada. Mungkin ini pengalaman yang hanya akan datang sekali seumur hidup!
Pesakit: Hahaha .. Ya doktor, saya dah ambil banyak gambar dah .. Agaknya esok saya boleh balik ke, doktor?
saya: Insya-Allah boleh! Platelet pak cik semakin meningkat. Jadi, malam ni, rehat elok-elok untuk esok boleh balik rumah.
Pesakit: Terima kasih, doktor!
saya: Sama-sama, pak cik!
(Platelet adalah agen pembeku dalam darah. Kebiasaannya ia akan rendah / berkurang di dalam tubuh pesakit Denggi.)
Ruam adalah antara tanda-tanda penyakit Denggi semakin sembuh dan pengguna akan hilang dengan sendiri. Nikmatilah pandangan ruam ini sementara mereka masih ada!
Nurul




























