Kisah 13: Gigi Tersekat Di Paru-Paru Punca Pesakit Perlu Bantuan Pernafasan

Kisah 13: Gigi Tersekat Di Paru-Paru Punca Pesakit Perlu Bantuan Pernafasan

Jadual Kandungan

Baca berita mengenai pin tudung yang tersekat di paru-paru mengingatkan saya kepada seorang pesakit yang pernah saya rawat 3 tahun lepas. Ketika itu saya masih bertugas di sebuah hospital kerajaan di Semenanjung Malaysia.

Pesakit telah mengalami kemalangan jalan raya dan dirujuk kepada saya kerana beliau telah terlalu lama memerlukan alat bantuan pernafasan, iaitu lebih dari 2 minggu. Imej imbasan paru-parunya pula menunjukkan ada sesuatu objek berwarna keputihan yang tidak normal di situ. Prosedur bronkoskopi segera dijalankan untuk mengenal pasti dan merawat punca masalah pernafasannya.

Prosedur bronkoskopi

Ketika kami menjalankan prosedur bronkoskopi, kami telah menjumpai 3 ketul gigi yang tersekat di bahagian paru-paru kanannya. Setelah berjaya mengeluarkan 3 gigi tersebut, paru-parunya berjaya kembang dan beliau tidak perlu lagi menggunakan bantuan mesin pernafasan. Alhamdulillah.

X-ray gigi dalam paru-paru (bukan pesakit sebenar dalam cerita)
sumber: https://radiopaedia.org/cases/aspirated-tooth-3

Rupa-rupanya ketika beliau mengalami kemalangan jalan raya, 3 batang gigi beliau telah patah dan telah termasuk ke dalam paru-paru kanannya, sekaligus menyebabkan paru-parunya tidak mengembang dan ada kesukaran bernafas, sehingga memerlukan bantuan pernafasan yang berpanjangan.

Paru-paru kanan lebih mudah dimasuki objek/bendasing kerana saluran ke paru-paru kanan adalah lebih lurus ke bawah berbanding saluran ke paru-paru kiri yang agak melintang ke tepi dari sudut anatomi.

Penjagaan gigi yang baik juga mempengaruhi tahap kesihatan paru-paru, kerana ruang gigi dan pemakanan bersambung secara terus dengan saluran pernafasan dan paru-paru. Gigi yang dijaga dengan baik akan tahan lebih lama dan tidak mudah patah, sekaligus mengurangkan risiko untuk tersedak ke dalam paru-paru ketika kemalangan jalan raya.

Gigi yang kotor dan jarang dibersihkan lebih mudah mengundang kuman dan sekaligus berpotensi menyebarkan kuman tersebut ke saluran pernafasan dan paru-paru, sekaligus menyebabkan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan kuman di paru-paru (Pneumonia) dan paru-paru bernanah (abses paru-paru).

Nota: Paru-paru dan gigi anda sangat berharga dan berkait rapat. Jagalah kedua-duanya dengan baik.

Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: 'Paru-Paru: Nafas Baru'(2021)

Sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Kongsi catatan ini

Cari Catatan Blog

Nurul Yaqeen

Perunding Pernafasan, Pakar Perubatan Dalaman, Pakar Gangguan Tidur

Hospital

Pusat Perubatan Velocity Sunway, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: + 603-9772-9191
Klinik: + 603-9772-9365
Terus: + 603-9772 9364

Waktu Klinik

Isnin-Jumaat - 9 pagi hingga 5 petang
Sabtu - 9 pagi hingga 1 malam
(lawatan atau temu janji)

Bahasa yang digunakan

Bahasa Inggeris
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Bahasa Arab

Ikuti Dr Nurul

Catatan Facebook

Testimoni Pesakit

Artikel lagi

Buat Temujanji

Nurul Yaqeen

Pakar Perunding Perubatan Pernafasan & Perubatan Dalaman. MBBS, MRCP, Fellowship Perubatan Pernafasan, Pakar Gangguan Tidur Antarabangsa.

Minta Temujanji
bersama Dr Nurul Yaqeen.

Sila ambil perhatian bahawa Dr Nurul hanya merujuk dan merawat pesakit berumur 12 tahun ke atas.

atau anda boleh mengklik mana-mana butang di bawah