
Petang itu, saya bercakap dengan pesakit saya, untuk mendapatkan sejarah sosialnya dan juga untuk membantu menghilangkan kebosanan kerana sudah lama berada di hospital untuk rawatan Dengginya.
saya: Pak cik ada berapa orang anak?
Pak Cik: Saya ada 5 orang anak. 3 daripada mereka adalah usahawan, seorang peguam, seorang lagi adalah arkitek.
saya: Wah! Mesti pak cik sangat berbangga dengan mereka, kan? Kesemuanya berjaya dalam karier secara profesional.
Pak Cik: kenapa pula? Mereka yang sepatutnya berbangga dengan saya.
saya: Ya.. Betul tu.. Sebab mereka mewarisi genetik bijak daripada pak cik, bukan?
Pak Cik: Betul juga, tapi saya membesar dan menyekolahkan mereka, juga membayar yuran pendidikan mereka. Jadi mereka yang sepatutnya berbangga dengan saya.
saya: Ya.. Sangat betul tu, pak cik. Jasa ibu dan ayah yang membesar dan menyekolahkan anak-anaknya memang sangat besar dan perlu dibanggakan oleh setiap anak.
Jika berjaya dalam hidup, jangan hanya berbangga dengan keupayaan diri sendiri. Berbanggalah dengan kedua ibu bapa, terutamanya. Tanpa mereka, kita tidak akan berada di dunia ini dan tidak akan berjaya selepas hari ini. Banyak yang saya pelajari daripada pesakit saya.
Terima kasih Papa & Mama untuk segalanya. Atas segala pengorbanan, pertolongan dan cinta.. Tidak akan dapat kubalas dengan apa jua gantinya.
Nurul




























