KISAH 22: Cerita Seram Di Bilik On-Call

KISAH 22: Cerita Seram Di Bilik On-Call

Jadual Kandungan

Dua malam yang lepas, saya terpaksa bermalam di hospital kerana terdapat 3 kes kritikal di ICU dan terdapat beberapa kes baru yang dimasukkan ke wad selepas jam 12 malam. Ketika itu saya teringat kisah seram yang pernah dialami ketika bertugas di sebuah hospital kerajaan di ibu kota beberapa tahun lepas.

Ketika itu, saya melakukan tugasan 'on-call' dan menetapkan pelan rawatan dan ubat-ubatan untuk pesakit-pesakit yang baru dimasukkan ke dalam wad, juga pesakit-pesakit lama yang kelihatan ketika rondaan wad pada waktu malam. Selepas melaksanakan tugas merawat pesakit-pesakit tersebut, saya pun cuba merehatkan badan di atas katil. Jam menunjukkan 2 pagi.

Saya berasa amat letih dan mengantuk. Namun begitu, agak sukar untuk saya melelapkan mata, kerana tiba-tiba suasana di bilik on-call tersebut menjadi sangat riuh dan bising, seolah-olah ada pesta keramaian di situ. Seolah-olah ada beratus-ratus orang sedang berada dan bercakap sesama mereka di dalam bilik yang kecil itu, walhal hanya saya seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu pada waktu tersebut.

Saya berasa sangat aneh. Adakah saya berhalusinasi dan mendengar suara yang sebenarnya tidak ada? Adakah saya mengalami masalah pendengaran pula sekarang? Mungkinkah gelombang bunyi di bilik ini telah dikuatkan bunyinya oleh gegendang telinga ini?

Perasaan takut mula menyelinap ke dalam jiwa, tetapi oleh kerana terlalu penat, saya hanya mampu beristighfar beberapa kali dan alhamdulillah akhirnya saya tertidur kepenatan di dalam bilik tersebut.

Keesokan paginya, ketika saya terbangun dari tidur, tiada lagi suasana riuh seperti yang dialami malam tadi. Saya juga berasa lega, kerana tiada kesan cekikan di leher dan tiada kesan gigitan taring di bahagian tubuh. Alhamdulillah. Syukur.

Saya bertanya kepada adik saya, Ustaz Syamil Esa, graduan sarjana syariah yang baru pulang dari Universiti Al-Azhar, Mesir baru-baru ini. Menurutnya, apa yang saya dengar adalah kemungkinan makhluk halus/syaitan/jin.

“Kak Yong kena ingat satu je. Benda ni takkan boleh apa-apakan kita. Bagaimanapun, lebih mudah dikatakan daripada dilakukan”, katanya.

Ayahku juga pernah mengajarkan 2 doa untuk melindungi diri daripada gangguan makhluk halus:

Doa 1

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya.

Doa 2

Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan mengetahui.

Ketika di sekolah dahulu, ustazahku pernah berpesan: “Bacalah zikir ma'thurat pada waktu pagi dan petang. Ianya adalah antara perisai diri yang ampuh daripada sebarang gangguan, daripada manusia mahupun jin.” Alhamdulillah, masih berzikir ketika memandu kereta pergi kerja pada awal pagi dan ketika memandu kereta untuk pulang ke rumah pada waktu petang. Mungkin zikir inilah yang telah menyelamatkanku malam tadi. Alhamdulillah.

Kepada semua para doktor di luar sana, selain mempelajari ilmu perubatan, lengkapkanlah juga diri dengan perisai doa dan zikir, kerana dunia kita ini terlalu luas. Terdapat banyak lagi makhluk lain yang kita tidak tahu di luar sana. Selain coronavirus yang kita tidak tahu sifat-sifatnya dengan jelas, terdapat 'makhluk halus' lain juga yang kita tidak tahu sifat-sifat dan perangainya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani yang mampu menyelamatkan dan melindungi kita dalam situasi yang kita tidak ketahui dan tidak boleh kita kawal.

Hanya kepada-Nya kita berserah dan melindungi diri.

Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: 'Paru-Paru: Nafas Baru'(2021)

Sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Kongsi catatan ini

Cari Catatan Blog

Nurul Yaqeen

Perunding Pernafasan, Pakar Perubatan Dalaman, Pakar Gangguan Tidur

Hospital

Pusat Perubatan Velocity Sunway, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: + 603-9772-9191
Klinik: + 603-9772-9365
Terus: + 603-9772 9364

Waktu Klinik

Isnin-Jumaat - 9 pagi hingga 5 petang
Sabtu - 9 pagi hingga 1 malam
(lawatan atau temu janji)

Bahasa yang digunakan

Bahasa Inggeris
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Bahasa Arab

Ikuti Dr Nurul

Catatan Facebook

Testimoni Pesakit

Artikel lagi

Buat Temujanji

Nurul Yaqeen

Pakar Perunding Perubatan Pernafasan & Perubatan Dalaman. MBBS, MRCP, Fellowship Perubatan Pernafasan, Pakar Gangguan Tidur Antarabangsa.

Minta Temujanji
bersama Dr Nurul Yaqeen.

Sila ambil perhatian bahawa Dr Nurul hanya merujuk dan merawat pesakit berumur 12 tahun ke atas.

atau anda boleh mengklik mana-mana butang di bawah