KISAH 25: Saya Bertaubat Tak Akan Merokok Lagi, Doktor (Bahagian 1)

KISAH 25: Saya Bertaubat Tak Akan Merokok Lagi, Doktor (Bahagian 1)

Jadual Kandungan

Pagi itu, saya bertemu dengan pesakit saya yang baru sembuh daripada penyakit Pneumotoraksnya di klinik untuk rawatan lanjutan.

X-ray dada terbarunya menunjukkan paru-paru yang telah mengembang dengan elok berbanding keadaan paru-parunya yang sebelum ini bocor dan perlu dimasukkan.

Encik B: Saya dah bertaubat dah, doktor. Lepas ni saya berjanji tak akan merokok lagi.

saya: Bagus! Boleh cerita sedikit apa yang menyebabkan awak membuat keputusan macam tu?

Encik B: Doktor ingat lagi tak masa saya datang berjumpa doktor 2 minggu lepas? Masa tu saya sangat susah bernafas. Memang rasa macam dah separuh mati. X-ray saya menunjukkan udara dah masuk ke dalam paru-paru kanan saya. Masa tu doktor terpaksa masukkan tiub sebesar ibu jari untuk keluarkan udara dari paru-paru. Lepas tiub tu dah dimasukkan, paru-paru saya mengembang semula dan saya boleh bernafas semula dengan baik.

Saya masih ingat lagi macam mana paru-paru saya ditebuk untuk dimasukkan tiub, kemudian kulit saya dijahit untuk mengekalkan kedudukan tiub tersebut.

Memang satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Alhamdulillah prosedur berjaya dijalankan dan saya telah sembuh sekarang, tapi pengalaman saya melalui trauma macam tu memang akan saya ingat sampai ke akhir hayat.

Untuk pengetahuan doktor juga, disebabkan saya masuk hospital ketika itu, saya telah terlepas untuk bersama-sama menyaksikan majlis penyampaian hadiah untuk anugerah cemerlang anak kedua saya..

saya: I see.. Maafkan saya kerana awak telah terlepas majlis penyampaian hadiah anak awak..Insya-Allah selepas ini, setelah awak berhenti merokok, awak tidak akan terlepas lagi apa-apa majlis penting.

Ya, apa yang awak alami haritu dipanggil Pneumothorax, iaitu keadaan di mana udara masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan susah bernafas. Ia sering berlaku di kalangan perokok.

Merokok akan merosakkan dan melemahkan tisu paru-paru, menyebabkannya mudah dimasuki udara.

Jika awak berhenti merokok, insya-Allah risiko untuk mendapat Pneumothorax kali kedua akan menjadi rendah, berbanding jika awak terus merokok.

Tahniah! Awak telah membuat keputusan yang bijak. Saya doakan moga awak terus istiqamah dengan keputusan murni ini, dan seterusnya dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak dan keluarga.

Encik B: Insya-Allah, doktor. Amin, di atas doanya.

Merokok merosakkan paru-paru dan meningkatkan risiko mendapat Pneumothorax. Berhentilah merokok sebelum terlambat. Sayangi diri anda dan keluarga anda.

Dr.Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: 'Paru-Paru: Nafas Baru'(2021)

Sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Kongsi catatan ini

Cari Catatan Blog

Nurul Yaqeen

Perunding Pernafasan, Pakar Perubatan Dalaman, Pakar Gangguan Tidur

Hospital

Pusat Perubatan Velocity Sunway, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: + 603-9772-9191
Klinik: + 603-9772-9365
Terus: + 603-9772 9364

Waktu Klinik

Isnin-Jumaat - 9 pagi hingga 5 petang
Sabtu - 9 pagi hingga 1 malam
(lawatan atau temu janji)

Bahasa yang digunakan

Bahasa Inggeris
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Bahasa Arab

Ikuti Dr Nurul

Catatan Facebook

[juicer name="dr-nurul-yaqeen" per="3"]

Testimoni Pesakit

Artikel lagi

Buat Temujanji

Nurul Yaqeen

Pakar Perunding Perubatan Pernafasan & Perubatan Dalaman. MBBS, MRCP, Fellowship Perubatan Pernafasan, Pakar Gangguan Tidur Antarabangsa.

Minta Temujanji
bersama Dr Nurul Yaqeen.

Sila ambil perhatian bahawa Dr Nurul hanya merujuk dan merawat pesakit berumur 12 tahun ke atas.

atau anda boleh mengklik mana-mana butang di bawah