KISAH 14: Bendasing Di Dalam Paru-Paru & Bagaimana Mengesannya

KISAH 14: Bendasing Di Dalam Paru-Paru & Bagaimana Mengesannya

Jadual Kandungan

Setelah perkongsian saya mengenai gigi yang tersekat di paru-paru, ramai yang bertanya kepada saya mengenai bendasing dan kecederaan paru-paru.

Berikut disertakan soalan dan jawapan mengenai isu bendasing di dalam paru-paru.

Soalan 1: Apa lagi benda yang doktor pernah jumpa yang boleh masuk ke paru-paru?

Setakat ini, saya pernah menemui gigi, penutup pen dan tulang ayam yang telah masuk ke dalam paru-paru tanpa disengajakan.

Gigi termasuk dalam paru-paru pesakit ketika pesakit mengalami kemalangan jalan raya. Setelah itu, paru-parunya tidak mengembang dengan baik. Maka pasukan kami dipanggil untuk mengeluarkan gigi tersebut dengan menggunakan prosedur bronkoskopi. Setelah gigi berjaya dikeluarkan, paru-parunya berjaya mengembang semula dan dia tidak perlukan lagi bantuan mesin pernafasan.

pen penutup termasuk ke dalam paru-paru pesakit ketika beliau memegang pen dengan mulut, beliau terbatuk dan penutup pen tersebut termasuk ke dalam paru-paru. Pesakit datang kepada kami setelah mengalami batuk yang berpanjangan selama berbulan-bulan. Selepas penutup pen itu dikeluarkan, batuknya sembuh.

Tulang ayam termasuk ke dalam paru-paru ketika pesakit sedang makan ayam, lalu tersedak. Seterusnya menghidap batuk berpanjangan. Selepas tulang ayam itu dikeluarkan, batuknya sembuh.

Pembentangan badan asing saluran udara (tulang ayam dan tulang ikan). Nota: Tomografi pengiraan dada (A), bronkoskopi (B), dan gambar benda asing (C).

Sumber: https://www.researchgate.net/figure/The-presentation-of-airway-foreign-bodies-chicken-bones-and-fish-bones-Notes-Chest_fig1_266626915

Soalan 2: Bagaimana untuk tahu bahawa ada bendasing dalam paru-paru kita?

Simptom yang dihadapi oleh pesakit yang mempunyai bendasing di dalam paru-paru adalah seperti berikut:

1) Batuk berpanjangan

2) Susah bernafas

3) Sakit dada

4) Batuk berdarah

Ujian yang dilakukan untuk mengesan masalah bendasing di dalam paru-paru adalah seperti berikut:

Sinar X dada (Imbasan dada). Contohnya, imej gigi yang tersekat di paru-paru kebiasaannya akan kelihatan seperti tompok berwarna putih. Namun begitu, terdapat juga objek yang sukar untuk dikesan menggunakan x-ray dada.

Maka, antara ujian lain yang boleh digunakan adalah Imbasan CT dada dan prosedur bronkoskopi, iaitu masukkan kamera kecil ke dalam paru-paru untuk melihat dan seterusnya mencuci paru-paru, sekaligus cuba untuk mengeluarkan bendasing tersebut.

Soalan 3: Adakah rawatan bagi menyelesaikan masalah bendasing yang tersekat di paru-paru?

Mengeluarkan bendasing tersebut daripada paru-paru menggunakan kaedah Bronkoskopi Fleksibel atau Bronkoskopi tegar. Sekiranya gagal, maka pesakit akan dirujuk kepada pakar bedah paru-paru untuk mengeluarkan bendasing tersebut melalui kaedah pembedahan.

Soalan 4: Adakah komplikasi yang boleh berlaku jika bendasing tersebut tidak berjaya dikeluarkan?

Antara komplikasi yang boleh berlaku jika bendasing tersebut tidak berjaya dikeluarkan adalah:

1) Jangkitan kuman di paru-paru: Bendasing yang terdapat di dalam paru-paru boleh mengundang kehadiran kuman dan pembiakannya di paru-paru. Sekiranya bendasing itu tidak dikeluarkan dengan segera, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman di paru-paru.

2) Paru-paru bernanah: Jangkitan kuman di paru-paru yang tidak berjaya dirawat dan dikawal dengan baik akan menyebabkan komplikasi paru-paru bernanah yang boleh menyebabkan pesakit mengalami simptom seperti demam, batuk, sakit dada dan batuk berdarah.

3) Kematian: Jangkitan kuman di paru-paru dan paru-paru bernanah yang tidak terawat dengan baik boleh menyebabkan jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah (septicaemia) dan merebak ke seluruh tubuh (sepsis), sekaligus menyebabkan kematian.

Berhati-hati ketika makan dan bekerja. Pastikan hanya makanan yang masuk ke mulut anda. Saluran pernafasan adalah hanya untuk udara sahaja, bukan selain daripada itu.

Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: 'Paru-Paru: Nafas Baru'(2021)

Sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Kongsi catatan ini

Cari Catatan Blog

Nurul Yaqeen

Perunding Pernafasan, Pakar Perubatan Dalaman, Pakar Gangguan Tidur

Hospital

Pusat Perubatan Velocity Sunway, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: + 603-9772-9191
Klinik: + 603-9772-9365
Terus: + 603-9772 9364

Waktu Klinik

Isnin-Jumaat - 9 pagi hingga 5 petang
Sabtu - 9 pagi hingga 1 malam
(lawatan atau temu janji)

Bahasa yang digunakan

Bahasa Inggeris
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Bahasa Arab

Ikuti Dr Nurul

Catatan Facebook

Testimoni Pesakit

Artikel lagi

Buat Temujanji

Nurul Yaqeen

Pakar Perunding Perubatan Pernafasan & Perubatan Dalaman. MBBS, MRCP, Fellowship Perubatan Pernafasan, Pakar Gangguan Tidur Antarabangsa.

Minta Temujanji
bersama Dr Nurul Yaqeen.

Sila ambil perhatian bahawa Dr Nurul hanya merujuk dan merawat pesakit berumur 12 tahun ke atas.

atau anda boleh mengklik mana-mana butang di bawah