KISAH 17: Nikmat Kebebasan & Kesihatan

KISAH 17: Nikmat Kebebasan & Kesihatan

Table of Contents

Pagi itu, saya melakukan rondaan wad seperti biasa dan melawat salah seorang pesakit Denggi yang telah berada di hospital selama 3 hari.

Pak Cik: Doktor, saya rasa macam berada di dalam penjara, digari oleh IV drip ni. Dah 3 hari dah macam ni. Ke mana saya pergi, saya mesti membawanya bersama. Saya pergi tandas pun dia kena ikut sekali. Seolah-olah saya yang perlu jaga dia. Sepatutnya dia yang perlu jaga saya, kan? Saya rasa dah tak tahanlah hidup macam ni, doktor. Tolonglah buat sesuatu. Saya hilang selera makan bukan sebab Denggi, tapi sebab saya dipenjara dan digari macam ni.

Saya: Okay pak cik. Saya boleh ‘bebaskan’ pak cik dari IV drip (IVD) ini, tapi hanya selama sejam sahaja. Masa tu pak cik bolehlah jalan-jalan sekitar wad dan hospital ni. Harapnya, bolehlah bantu hilangkan kebosanan pak cik sedikit. Selepas tu pak cik terpaksa pakai balik IVD ni, boleh?

Pak Cik: Okay. Bolehlah tu. Paling kurang ada sesuatu yang saya boleh lakukan untuk hilangkan kebosanan saya yang dah lama terkurung di dalam bilik wad ini.

Ketika lawatan wad di waktu petang, saya bertemu semula dengan pak cik tadi. Dia kelihatan lebih ceria, dan berjaya menghabiskan makanan tengah harinya.

Saya: Pak cik apa khabar sekarang? Nampaknya selera makan pak cik dah bertambah baik!

Pak Cik: Ya. Terima kasih atas kebebasan sementara yang doktor berikan. Ianya sangat berharga.. walaupun sekejap. Semoga Tuhan memberkati doktor.

Saya: Sama-sama, pak cik. Saya gembira dapat membantu pak cik.

Kebebasan itu sangat berharga. Kita akan hanya dapat menghargainya bila kita kehilangannya. Sama seperti kesihatan. Bila sakit, barulah kita tahu betapa berharganya nikmat sihat. Mencegah lebih baik dari merawat.

Dr. Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

Patient Testimonials

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an Appointment
with Dr. Nurul Yaqeen.

Please note that Dr. Nurul only consults and treats patients 12 years old and above.

or you can click any of the buttons below