KISAH 22: Cerita Seram Di Bilik On-Call

KISAH 22: Cerita Seram Di Bilik On-Call

Table of Contents

Dua malam yang lepas, saya terpaksa bermalam di hospital kerana terdapat 3 kes kritikal di ICU dan terdapat beberapa kes baru yang dimasukkan ke wad selepas jam 12 malam. Ketika itu saya teringat kisah seram yang pernah dialami ketika bertugas di sebuah hospital kerajaan di ibu kota beberapa tahun yang lepas.

Ketika itu, saya melakukan tugasan ‘on-call’ dan menetapkan pelan rawatan dan ubat-ubatan untuk pesakit-pesakit yang baru dimasukkan ke wad, juga pesakit-pesakit lama yang dilihat ketika rondaan wad pada waktu malam. Setelah selesai melaksanakan tugas merawat pesakit-pesakit tersebut, saya pun cuba merehatkan badan di atas katil. Jam menunjukkan 2 pagi.

Saya berasa amat letih dan mengantuk. Namun begitu, agak sukar untuk saya melelapkan mata, kerana tiba-tiba suasana di bilik on-call tersebut menjadi sangat riuh dan bising, seolah-olah ada pesta keramaian di situ. Seolah-olah ada beratus-ratus orang sedang berada dan bercakap sesama mereka di dalam bilik yang kecil itu, walhal hanya saya seorang sahaja yang sedang berada di dalam bilik itu pada waktu tersebut.

Saya berasa sangat aneh. Adakah saya berhalusinasi dan mendengar suara yang sebenarnya tidak ada? Adakah saya mengalami masalah pendengaran pula sekarang? Mungkinkah gelombang bunyi di bilik ini telah dikuatkan bunyinya oleh gegendang telinga ini?

Perasaan takut mula menyelinap ke dalam jiwa, tetapi oleh kerana terlalu penat, saya hanya mampu beristighfar beberapa kali dan alhamdulillah saya akhirnya tertidur kepenatan di dalam bilik tersebut.

Keesokan paginya, ketika saya terbangun dari tidur, tiada lagi suasana riuh seperti yang dialami malam tadi. Saya juga berasa lega, kerana tiada kesan cekikan di leher dan tiada kesan gigitan taring di bahagian tubuh. Alhamdulillah. Syukur.

Saya bertanya kepada adik saya, Ustaz Syamil Esa, graduan sarjana shariah yang baru pulang dari Universiti Al-Azhar, Mesir baru-baru ini. Menurutnya, apa yang saya dengar adalah kemungkinan makhluk halus/syaitan/jin.

“Kak Yong kena ingat satu je. Benda ni takkan boleh apa-apakan kita. Well, easier said than done, though”, katanya.

Ayahku juga pernah mengajarkan 2 doa untuk melindungi diri dari gangguan makhluk halus:

Doa 1

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya.

Doa 2

Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui.

Ketika di sekolah dahulu, ustazahku pernah berpesan: “Bacalah zikir ma’thurat pada waktu pagi dan petang. Ianya adalah antara perisai diri yang ampuh dari sebarang gangguan, daripada manusia mahupun jin.” Alhamdulillah, masih kuamalkan zikir ini ketika memandu kereta pergi kerja pada awal pagi dan ketika memandu kereta untuk pulang ke rumah pada waktu petang. Mungkin zikir inilah yang telah menyelamatkanku malam tadi. Alhamdulillah.

Kepada semua para doktor di luar sana, selain mempelajari ilmu perubatan, lengkapkanlah juga diri dengan perisai doa dan zikir, kerana dunia kita ini terlalu luas. Terdapat banyak lagi makhluk lain yang kita tidak ketahui di luar sana. Selain coronavirus yang kita tidak ketahui sifat-sifatnya dengan jelas, terdapat ‘makhluk halus’ lain juga yang kita tidak tahu sifat-sifat dan perangainya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani yang mampu menyelamatkan dan melindungi kita di dalam situasi yang kita tidak ketahui dan tidak boleh kita kawal.

Hanya kepada-Nya kita berserah dan berlindung diri.

Dr. Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

Patient Testimonials

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an Appointment
with Dr. Nurul Yaqeen.

Please note that Dr. Nurul only consults and treats patients 12 years old and above.

or you can click any of the buttons below