
Lanjutan dari tulisan mengenai bahaya pin tudung pada paru-paru, ramai yang bertanyakan mengenai apakah kaedah terbaik memakai pin tudung yang selamat untuk paru-paru. Jadi di sini, saya akan tunjukkan cara memegang pin tudung secara selamat ketika memakai tudung/ hijab, agar tidak mencederakan paru-paru.
Maaf, saya tidak mempunyai model yang sesuai, jadi teddy bear ini adalah model yang terbaik buat masa ini. Pin yang bermodel bunga ros pink adalah objek yang perlu anda berikan perhatian (Gambar 1).

CARA YANG SALAH
Cara yang salah memegang pin tudung menggunakan mulut/ bibir/ gigi.
Memegang pin tudung menggunakan mulut/ bibir/gigi ketika menggayakan hijab adalah sangat berbahaya kerana pin itu boleh terlepas masuk ke dalam mulut, seterusnya pergi ke paru-paru dan mencederakan paru-paru. Sekiranya pin tersebut tidak segera dikeluarkan, pesakit boleh mengalami masalah susah bernafas, sakit dada, batuk berdarah dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman di paru-paru.

CARA YANG BETUL
Cara yang betul, meletakkan pin di tepi/ di tempat letak pin ketika memakai tudung. Setelah tudung selesai dipakai, barulah diambil pin di tempatnya dan diletakkan di tudung. Ini adalah teknik memegang pin tudung yang terbaik.

Alternatif cara yang betul, boleh sematkan pin di tangan baju (jika memakai baju berlengan panjang). Setelah tudung selesai dipakai, barulah diambil pin dari situ dan diletakkan di tudung, tetapi agak sedikit berisiko, kerana boleh melukakan tangan pula. Jadi berhati-hati.
Berhati-hati dalam apa jua tindakan yang anda lakukan. Berhijablah dengan selamat, agar paru-paru anda terpelihara!
Dr. Nurul