English EN Malay MS
English EN Malay MS

KISAH 25: Saya Bertaubat Tak Akan Merokok Lagi, Doktor (Bahagian 1)

KISAH 25: Saya Bertaubat Tak Akan Merokok Lagi, Doktor (Bahagian 1)

Table of Contents

Pagi itu, saya bertemu dengan pesakit saya yang baru sembuh dari penyakit Pneumothoraxnya di klinik untuk rawatan lanjutan.

X-ray dada terbarunya menunjukkan paru-paru yang telah mengembang dengan elok berbanding keadaan paru-parunya yang sebelum ini bocor dan perlu dimasukkan tiub.

Mr. B: Saya dah bertaubat dah, doktor. Lepas ni saya berjanji tak akan merokok lagi.

Saya: Bagus! Boleh cerita sedikit apa yang menyebabkan awak membuat keputusan macam tu?

Mr. B: Doktor ingat lagi tak masa saya datang berjumpa doktor 2 minggu lepas? Masa tu saya sangat susah bernafas. Memang rasa macam dah separuh mati. X-ray saya menunjukkan udara dah masuk ke dalam paru-paru kanan saya. Masa tu doktor terpaksa masukkan tiub sebesar ibu jari untuk keluarkan udara dari paru-paru. Lepas tiub tu dah dimasukkan, paru-paru saya mengembang semula dan saya dapat bernafas semula dengan baik.

Saya masih ingat lagi macam mana paru-paru saya ditebuk untuk dimasukkan tiub, kemudian kulit saya dijahit untuk mengekalkan kedudukan tiub tersebut.

Memang satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Alhamdulillah prosedur berjaya dijalankan dan saya telah sembuh sekarang, tapi pengalaman saya melalui trauma macam tu memang akan saya ingat sampai ke akhir hayat.

Untuk pengetahuan doktor juga, disebabkan saya masuk hospital ketika itu, saya telah terlepas untuk bersama-sama menyaksikan majlis penyampaian hadiah untuk anugerah cemerlang anak kedua saya..

Saya: I see.. Maafkan saya kerana awak telah terlepas majlis penyampaian hadiah anak awak..Insya-Allah selepas ini, setelah awak berhenti merokok, awak tidak akan terlepas lagi apa-apa majlis penting.

Ya, apa yang awak alami haritu dipanggil Pneumothorax, iaitu keadaan di mana udara masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan susah bernafas. Ia sering berlaku di kalangan perokok.

Merokok akan merosakkan dan melemahkan tisu paru-paru, menyebabkannya mudah dimasuki udara.

Jika awak berhenti merokok, insya-Allah risiko untuk mendapat Pneumothorax kali kedua akan menjadi rendah, berbanding jika awak terus merokok.

Tahniah! Awak telah membuat keputusan yang bijak. Saya doakan moga awak terus istiqamah dengan keputusan murni ini, dan seterusnya dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak dan keluarga.

Mr. B: Insya-Allah, doktor. Amin, di atas doanya.

Merokok merosakkan paru-paru dan meningkatkan risiko mendapat Pneumothorax. Berhentilah merokok sebelum terlambat. Sayangi diri anda dan keluarga anda.

Dr.Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an initial appointment
with Dr. Nurul Yaqeen to diagnose your condition and recommend treatment to get you back in good health.

or you can click any of the buttons below

Dr Nurul's Newsletter Signup

Signup to my newsletter to receive FREE Chest Health articles and information direct to your email.