Kisah 13: Gigi Tersekat Di Paru-Paru Punca Pesakit Perlu Bantuan Pernafasan

Kisah 13: Gigi Tersekat Di Paru-Paru Punca Pesakit Perlu Bantuan Pernafasan

Table of Contents

Membaca berita mengenai pin tudung yang tersekat di paru-paru mengingatkan saya kepada seorang pesakit yang pernah saya rawat 3 tahun lepas. Ketika itu saya masih bertugas di sebuah hospital kerajaan di Semenanjung Malaysia.

Pesakit telah mengalami kemalangan jalan raya dan dirujuk kepada saya kerana beliau telah terlalu lama memerlukan mesin bantuan pernafasan, iaitu lebih dari 2 minggu. Imej imbasan paru-parunya pula menunjukkan ada suatu objek berwarna keputih-putihan yang tidak normal di situ. Prosedur bronchoscopy segera dijalankan untuk mengenal pasti dan merawat punca masalah pernafasannya.

Bronchoscopy procedure

Ketika kami menjalankan prosedur bronchoscopy, kami telah menjumpai 3 ketul gigi yang tersekat di bahagian paru-paru kanannya. Setelah berjaya mengeluarkan 3 gigi tersebut, paru-parunya berjaya kembang dan beliau tidak perlu lagi menggunakan bantuan mesin pernafasan. Alhamdulillah.

X-ray gigi dalam paru-paru (bukan pesakit sebenar dalam cerita)
source: https://radiopaedia.org/cases/aspirated-tooth-3

Rupa-rupanya ketika beliau mengalami kemalangan jalan raya, 3 batang gigi beliau telah patah dan telah termasuk ke dalam paru-paru kanannya, sekaligus menyebabkan paru-paru nya tidak mengembang dan ada kesukaran bernafas, sehingga memerlukan bantuan pernafasan yang berpanjangan.

Paru-paru kanan lebih mudah dimasuki objek/bendasing kerana saluran ke paru-paru kanan adalah lebih lurus ke bawah berbanding saluran ke paru-paru kiri yang agak melintang ke tepi dari sudut anatomi.

Penjagaan gigi yang baik juga mempengaruhi tahap kesihatan paru-paru, kerana ruang gigi dan pemakanan bersambung secara terus dengan saluran pernafasan dan paru-paru. Gigi yang dijaga dengan baik akan tahan lebih lama dan tidak mudah patah, sekaligus mengurangkan risiko untuk tersedak ke dalam paru-paru ketika kemalangan jalan raya.

Gigi yang kotor dan jarang dibersihkan lebih mudah mengundang kuman dan sekaligus berpotensi menyebarkan kuman tersebut ke saluran pernafasan dan paru-paru, sekaligus menyebabkan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan kuman di paru-paru (Pneumonia) dan paru-paru bernanah (lung abscess).

Nota: Paru-paru dan gigi anda sangat berharga dan berkait rapat. Jagalah kedua-duanya dengan baik.

Dr. Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

Patient Testimonials

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an Appointment
with Dr. Nurul Yaqeen.

Please note that Dr. Nurul only consults and treats patients 12 years old and above.

or you can click any of the buttons below