KISAH 14: Bendasing Di Dalam Paru-Paru & Bagaimana Mengesannya

KISAH 14: Bendasing Di Dalam Paru-Paru & Bagaimana Mengesannya

Table of Contents

Setelah perkongsian saya mengenai gigi yang tersekat di paru-paru, ramai yang bertanya kepada saya mengenai bendasing dan kecederaan paru-paru.

Berikut disertakan soalan dan jawapan mengenai isu bendasing di dalam paru-paru.

Soalan 1: Apa lagi benda yang doktor pernah jumpa yang boleh masuk ke paru-paru?

Setakat ini, saya pernah menemui gigi, penutup pen dan tulang ayam yang telah masuk ke dalam paru-paru tanpa disengajakan.

Gigi termasuk dalam paru-paru pesakit ketika pesakit mengalami kemalangan jalan raya. Setelah itu, paru-parunya tidak mengembang dengan baik. Maka team kami dipanggil untuk mengeluarkan gigi tersebut dengan menggunakan prosedur bronchoscopy. Setelah gigi berjaya dikeluarkan, paru-parunya berjaya mengembang semula dan dia tidak perlukan lagi bantuan mesin pernafasan.

Penutup pen termasuk ke dalam paru-paru pesakit ketika beliau memegang pen dengan mulut, beliau terbatuk dan penutup pen tersebut termasuk ke dalam paru-paru. Pesakit datang kepada kami setelah mengalami batuk yang berpanjangan selama berbulan-bulan. Setelah penutup pen itu dikeluarkan, batuknya sembuh.

Tulang ayam termasuk ke dalam paru-paru ketika pesakit sedang makan ayam, lalu tersedak. Seterusnya menghidap batuk berpanjangan. Setelah tulang ayam itu dikeluarkan, batuknya sembuh.

The presentation of airway foreign bodies (chicken bones and fish bones). Notes: Chest computed tomography (A), bronchoscopy (B), and photographs of the foreign bodies (C).

Source: https://www.researchgate.net/figure/The-presentation-of-airway-foreign-bodies-chicken-bones-and-fish-bones-Notes-Chest_fig1_266626915

Soalan 2: Bagaimana untuk tahu bahawa ada bendasing dalam paru-paru kita?

Simptom yang dihadapi oleh pesakit yang mempunyai bendasing di dalam paru-paru adalah seperti berikut:

1) Batuk berpanjangan

2) Susah bernafas

3) Sakit dada

4) Batuk berdarah

Ujian yang dilakukan untuk mengesan masalah bendasing di dalam paru-paru adalah seperti berikut:

X-ray dada (Imbasan dada). Contohnya, imej gigi yang tersekat di paru-paru kebiasannya akan kelihatan seperti tompok berwarna putih. Namun begitu, terdapat juga objek yang sukar untuk dikesan menggunakan x-ray dada.

Maka, antara ujian lain yang boleh digunapakai adalah CT scan dada dan prosedur bronchoscopy, iaitu memasukkan kamera kecil ke dalam paru-paru untuk melihat dan seterusnya mencuci paru-paru, sekaligus cuba untuk mengeluarkan bendasing tersebut.

Soalan 3: Apakah rawatan bagi menyelesaikan masalah bendasing yang tersekat di paru-paru?

Mengeluarkan bendasing tersebut dari paru-paru menggunakan kaedah Flexible Bronchoscopy atau Rigid Bronchoscopy. Sekiranya gagal, maka pesakit akan dirujuk kepada pakar bedah paru-paru untuk mengeluarkan bendasing tersebut melalui kaedah pembedahan.

Soalan 4: Apakah komplikasi yang boleh berlaku jika bendasing tersebut tidak berjaya dikeluarkan?

Antara komplikasi yang boleh berlaku jika bendasing tersebut tidak berjaya dikeluarkan adalah:

1) Jangkitan kuman di paru-paru: Bendasing yang terdapat di dalam paru-paru boleh mengundang kehadiran kuman dan pembiakannya di paru-paru. Sekiranya bendasing itu tidak dikeluarkan dengan segera, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman di paru-paru.

2) Paru-paru bernanah: Jangkitan kuman di paru-paru yang tidak berjaya dirawat dan dikawal dengan baik akan menyebabkan komplikasi paru-paru bernanah yang boleh menyebabkan pesakit mempunyai simptom seperti demam, batuk, sakit dada dan batuk berdarah.

3) Kematian: Jangkitan kuman di paru-paru dan paru-paru bernanah yang tidak terawat dengan baik boleh menyebabkan jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah (septicaemia) dan merebak ke seluruh tubuh (sepsis), sekaligus menyebabkan kematian.

Berhati-hati ketika makan dan bekerja. Pastikan hanya makanan yang masuk ke mulut anda. Saluran pernafasan adalah hanya untuk udara sahaja, bukan selain dari itu.

Dr. Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

Patient Testimonials

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an Appointment
with Dr. Nurul Yaqeen.

Please note that Dr. Nurul only consults and treats patients 12 years old and above.

or you can click any of the buttons below