KISAH 26: Saya Bertaubat Tak Akan Merokok Lagi, Doktor (Bahagian 2)

KISAH 26: Saya Bertaubat Tak Akan Merokok Lagi, Doktor (Bahagian 2)

Table of Contents

Sambungan Bahagian 1 (Kisah 25: Saya Bertaubat Tak Akan Merokok Lagi, Doktor)

Mr. B: Doktor, setelah saya sembuh dari penyakit Pneumothorax ni, apakah pantang atau perkara-perkara yang perlu saya elakkan?

Saya: OK, ada beberapa perkara yang tidak boleh kamu lakukan setelah sembuh dari Pneumothorax ini. Antaranya, dalam tempoh seminggu setelah sembuh,

1. Tidak boleh scuba diving.
2. Tidak boleh naik kapal terbang.
3. Tidak boleh panjat gunung hingga ke altitude tinggi.

Mr. B: Doktor, ada tips tak untuk saya konsisten berhenti merokok?

Saya: Antara tips berhenti merokok yang boleh kamu amalkan:

1. Jauhi rakan-rakan perokok, kerana ‘peer pressure’ sangat berpengaruh. Untuk konsisten tidak merokok, awak perlu berkawan dengan orang-orang yang tidak merokok.

2. Cuba ganti tabiat merokok dengan tabiat lain, seperti minum air atau mengunyah chewing gum.

Mungkin agak sukar untuk kamu berhenti merokok kerana tabiat ini sudah lama mendarah daging dalam tubuh, tetapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan kemahuan dan kesungguhan yang tinggi, saya yakin kamu boleh berhenti merokok.

Mr. B: Kalau saya gagal untuk konsisten berhenti merokok, ada alternatif lain tak, doktor? Vape ke?

Saya: Vape bukan alternatif untuk berhenti merokok. Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam vape, masih boleh merosakkan paru-paru dan boleh membawa kepada penyakit Pneumothorax juga.

Malah, mungkin lebih bahaya dari rokok kerana masih kurang kajian yang dijalankan tentang vape lagi setakat ini. Terdapat banyak kes melibatkan letupan dan kerosakan paru-paru di kalangan penghisap vape di seluruh dunia. Jadi, nasihat saya, lebih baik elakkan dan jauhkan diri dari vape juga.

Sekiranya sukar, saya boleh masukkan kamu ke dalam program ‘Klinik Berhenti Merokok’, di mana kita sediakan ubat/pengganti rokok untuk membantu mengawal ketagihan terhadap rokok.

Mr. B: Apa ubat yang disediakan di ‘Klinik Berhenti Merokok’ ni, doktor?

Saya: Antara ubatan yang ada di Klinik Berhenti Merokok ialah:

1. Pelekat nikotin
2. Chewing gum nikotin
3. Tablet Champix

Ubatan ini boleh membantu mengurangkan ketagihan terhadap rokok, kemudian dalam tempoh beberapa bulan, kamu boleh berhenti merokok secara total, sekiranya kamu mematuhi preskripsi ubat yang diberikan.

Mr. B: Baik, doktor. Saya cuba dulu untuk berhenti rokok sendiri. Kalau gagal, nanti saya datang jumpa doktor semula untuk join ‘Klinik Berhenti Merokok’.

Berhentilah merokok. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kami sedia membantu.

Dr. Nurul

Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

Patient Testimonials

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an Appointment
with Dr. Nurul Yaqeen.

Please note that Dr. Nurul only consults and treats patients 12 years old and above.

or you can click any of the buttons below