KISAH 3: Jangkitan Paru-Paru (Pneumonia) Di Kalangan Warga Emas

KISAH 3: Jangkitan Paru-Paru (Pneumonia) Di Kalangan Warga Emas

Table of Contents

Dr Nurul Pneumonia

Awal pagi itu, saya dikejutkan dengan panggilan dari doktor daripada Jabatan Kecemasan hospital (Accident & Emergency Department / A&E).

Doktor di A&E: Dr. Yaqeen, sorry kacau awal pagi. Saya nak rujuk seorang pesakit berusia 91 tahun, diagnosis Pneumonia. Dr. Yaqeen baru rawat isteri pesakit ni, umur 82 tahun, minggu lepas, dan dah discaj dari wad. Anak dia request nak Dr. Yaqeen rawat ayah mereka juga.

Saya: OK, sebentar lagi saya datang.

Anak pesakit: Doktor, saya pun tak pasti kenapa ayah saya berperangai ganjil sejak beberapa hari lepas. Dia mudah mengamuk, dan tak mahu makan walaupun disuap. Takde pula dia demam, doktor. Cuma, saya perasan batuk dia semakin kerap sejak beberapa hari lepas.

Saya: OK, dari pemeriksaan paru-paru, keputusan ujian darah dan x-ray dada, nampaknya ayah kamu sedang mengalami masalah Pneumonia, iaitu jangkitan kuman di paru-paru.

Pneumonia (Jangkitan kuman di paru-paru) boleh menyerang semua orang tanpa mengira usia, tetapi jangkitan kuman ini kerap berlaku di kalangan warga emas, kanak-kanak dan pesakit kencing manis dan AIDS kerana sistem imunisasi mereka lebih rendah berbanding orang biasa.

Tanda-tanda penyakit Pneumonia di kalangan warga emas adakalanya tidak sama seperti pesakit biasa. Tidak semua mereka akan datang dengan batuk dan demam. Mereka boleh datang dengan simptom tidak selera makan dan kurang berat badan, serta perubahan sikap yang lain dari biasa.

Rawatan di kalangan warga emas juga adalah lebih mencabar kerana mereka juga akan mempunyai banyak penyakit lain yang sudah sedia ada seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan stroke. Jadi mereka mungkin sudah ada masalah kegagalan organ yang lain. Mereka mempunyai banyak jenis ubat yang perlu dimakan, jadi risiko untuk berlaku interaksi antara ubat-ubatan adalah tinggi.

Kadar kesembuhan dari jangkitan kuman di kalangan warga emas juga berbeza. Kebiasaannya, kadar kesembuhan adalah lebih lambat dari pesakit biasa dan kadangkala ia tidak dapat disembuhkan. Ini kerana sistem imunisasi yang rendah di kalangan warga emas.

Tujuan utama rawatan pesakit warga emas adalah untuk memberi keselesaan dan mengurangkan simptom di samping cuba menyembuhkan. Namun, sekiranya keadaan menjadi berlarutan dan semakin parah serta tenat, sehingga penyakit tidak dapat disembuhkan, walaupun telah diberikan ubatan dan antibiotik terbaik, adalah dinasihatkan agar kita merelakan pemergian mereka dengan tenang ke alam kekal di sana.

Ini kerana, sekiranya kaedah resusitasi seperti CPR (Cardiopulmonary resuscitation) dilakukan, perkara yang lebih buruk mungkin berlaku. Contohnya, tulang rusuk patah ketika CPR (kerana kadar Osteoporosis yang tinggi di kalangan warga emas) yang seterusnya boleh mengakibatkan kecederaan paru-paru dan kemasukan udara ke paru-paru (Pneumothorax). Komplikasi seperti ini akan hanya menambah penderitaan dan kesengsaraan di kalangan warga emas dan tidak akan dapat mengembalikan kualiti kehidupan yang sebenar kepada mereka.

Perbincangan antara doktor, pesakit dan ahli keluarga biasanya akan dilakukan untuk memutuskan tentang hala tuju rawatan yang terbaik untuk pesakit.

Sometimes, to care means to let go.


Diambil dari buku Dr. Nurul: ‘Paru-Paru: Nafas Baru‘ (2021)

Terdapat sekarang di https://whitecoat.onpay.my/order/form/wc006

Share this post

Search Blog Post

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory, Internal Medicine Physician, Sleep Disorders Specialist

Hospital

Sunway Velocity Medical Centre, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital: +603-9772-9191
Clinic: +603-9772-9365
Direct: +603-9772 9364

Clinic Hours

Mon-Fri – 9am-5pm
Sat – 9am-1pm
(walk-in or appointment)

Languages Spoken

English
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Arabic

Follow Dr. Nurul

Facebook Posts

Patient Testimonials

More Articles

Schedule An Appointment

Dr. Nurul Yaqeen

Consultant Respiratory & Internal Medicine Physician. MBBS, MRCP, Respiratory Medicine Fellowship, International Sleep Disorders Specialist.

Request an Appointment
with Dr. Nurul Yaqeen.

Please note that Dr. Nurul only consults and treats patients 12 years old and above.

or you can click any of the buttons below